www.toksu.net

Sudah lebih 2 bulan tidak update blog. Bahan banyak tapi tenaga kurang. Maklum sajalah memandu kereta ke pejabat sejauh kurang lebih 23 KM mengambil masa hampir sejam setengah. Itu pun mesti bertolak sebelum jam 6.00 pagi. Begitu juga waktu pulang. Kalau hari tak hujan, naik motorsikal. Tak sampai 30 minit, tapi letih juga kerana lalu di celah-celah kereta, terpaksa beri tumpuan 300%. Sekali-sekali menyumpah juga bila kereta depan tiba-tiba tukar lorong tanpa signal. Bab kerja tak payah cerita lah. Kecuali orang pergi kerja tapi tak nak buat kerja. Minggu lepas unit kami ( Unit Pembangunan Kemanusiaan ) telah diamanahkan untuk membantu pihak pentadbiran SK Pulau Sepanggar terhadap suatu perkara yang perlu disegerakan. Dari jeti Jabatan Laut Sabah ke sekolah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dalam kesibukan tugas sempat juga shopping sotong dan ikan (sangat segar) yang dijual oleh nelayan tempatan.


Menu RMT untuk murid miskin.


Pengkalan TLDM di mana Kapal Selam di simpan.


Antara guru-guru SK Pulau Sepanggar yang sama-sama menaiki bot. Dapat Elaun Hidup Susah RM500. Bayar sewa bot RM150 sorang sebulan.


SK Pulau Sepanggar ada Solar Hibrid, School.net dan Makmal Komputer ( Terbengkalai )


Antara penduduk Pulau Sepanggar yang tak pernah keluar dari pulau dan selalu mencuri makanan di kantin dan juga di kelas.


Seramai ini, hanya seorang saja yang pakai life jacket. Melihat gambar ini teringat saya semasa bot pelarian Vietnam tiba di pantai Terengganu di awal tahun 70an


Mungkin laut takut kepada anak-anak ini.


Saya tidak faham mengapa pemandu bot ini tidak mau mendaratkan murid-murid ini di jeti yang disediakan.

Comments (0) | 08-Apr-10 10:13:56 PM

Selipar

i should buy one!hoho..

source : http://www.vijayforvictory.com

Comments (0) | 28-Jan-10 8:41:34 PM
Kalau balik bercuti ke Terengganu, anak buah panggil Pak atau Pak Zali walaupun yang dah berpangkat cicit. Kalau balik ke KL anak buah panggil Pak Busu. Tapi lebih banyak yang panggil Toksu!!! Rupa-rupanya dah ramai cucu saudara atau cicit saudara walaupun belum bercucu sendiri lagi. Neksu dah bersara (55) tapi toksu ada 2 tahun lagi. 18 Disember lalu adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 33. Terima kasih kepada anak-anak yang sentiasa mengingati tarikh tersebut.
Comments (0) | 20-Dec-09 11:18:03 PM
  Antara tahun 1981 – 1983 pernah beberapa kali mengikut sepupu saya kelaut menarik bubu. Bertolak awal pagi dari Kuala Dungun menuju ke arah Pulau Tenggol dengan menggunakan bot kayu ‘injin dalam’. Kalau tak silap lebih kurang 2 jam perjalanan tanpa kompas atau GPS, hanya berpandukan bukit di daratan yang tidak begitu jelas kelihatan. Mencari lokasi bubu yang ditinggalkan pun berpandukan bukit juga. Kadang-kadang jumpa, kadang-kadang tak jumpa. Kalau jumpa, Alhamdulillah, hasilnya cukup lumayan! Jemuduk ( orang Sabah panggil ikan putih),Ikan merah dan juga kerapu. Kalau cuaca baik dapatlah naikkan 4 atau 5 bubu. Kalau hari redup, bukit di daratan tidak kelihatan, balik kosong lah jawabnya. Semua kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga empat kerat, tanpa mesin. Paling saya tidak suka ialah menarik naik bubu dari dasar laut sedalam lebih kurang 100 meter! Belum lagi sampai separuh, tapak tangan sudah pecah. Apa tidaknya, tangan cikgu yang biasa pegang pen tiba-tiba tarik tali nilon yang berminggu dalam air dan ditumbuhi teritip. Berat satu bubu entahlah, saya agak lebih 100 kilogram. Rangkanya dari rotan dan kayu, jaringnya dawai mata punai serta batu pemberat 4 biji supaya bubu tidak hanyut. Masa itu belum ada subsidi lagi! Itulah pengalaman saya menjadi nelayan bubu 28 tahun yang lalu.

Kali ini saya cuba lagi, bukan nak jadi nelayan tapi ingin melihat aktiviti nelayan bubu dengan lebih dekat lagi. Lebih kurang jam 2.15pm membawa bot ke laut. Berpandukan GPS, kerja cukup mudah. Bubu ditarik naik menggunakan mesin dan winch. 5 bubu berjaya dicari dan dinaikkan dalam masa 2 jam!







Comments (0) | 20-Dec-09 10:28:20 PM
Selamat bercuti bersama keluarga diucapkan kepada semua Guru Malaysia dan juga staf Pejabat Pelajaran
 Daerah Kota Kinabalu.
Comments (0) | 02-Dec-09 10:23:49 AM