www.toksu.net

Inilah sebahagian dari hasil kerja sepanjang cuti 2 hari. Gambar di ambil dari rumah toksu.

img_2461

img_2385

img_2382

img_2460


Comments (0) | 30-Jan-09 9:47:34 PM

img_2153

img_2141

img_2090
img_2103

 

Comments (0) | 30-Jan-09 9:45:09 PM

Dah lama toksu tak beli durian. Kalau tak silap akhir sekali beli durian semasa menyertai ekpedisi ke Luanti Ranau bersama jemaah surau Riyadhus Solihin Taman Austral tahun lalu. Malam tadi lepas Isya’ saja nak ronda-ronda di pekan Sipitang. Tiba di kawasan tamu mingguan iaitu depan gerai sate ada 3 orang wanita sedang menjual durian.  Satu longgok dijual RM8.00 sekilo dan sebelahnya satu ikat (4 biji) RM35.00

Toksu pilih 3 biji dan timbang - 4.4Kg dan harganya RM35.20. Tawar punya tawar dapatlah dapatlah RM30.00 pada kadar RM7.00 sekilo. Bila mau bayar, penjual itu offer lagi yang RM35.00 seikat pula. Baik ni wang, baru gugur, lunak….. dan macam-macal lagi perkataan yang baik-baik tentang durian itu. Setelah tawar menawar dapatlah RM30.00 seikat. Nak tawar banyak-banyak rasanya tak sampai hati. Kesian dengan penjual, orang lain dah bersiap nak tidur dia masih lagi mencari rezeki.

Tapi rupa-rupanya penjual durian ini tidak berhati perut, sanggup jadi penipu. Tiba di rumah toksu terus buka yang 3 biji dulu kemudian yang seikat (4 biji) itu . Yang dua biji di atas bersaiz dalam sekilo sebiji itu OKlah tapi yang dua biji di bawah tu agak besar sedikit dari yang di atas tu bermasalah. Sebiji susah betul nak buka. Lalu toksu kerat dua. Konfem mentah, dan masih muda, peram sebulan pun tak masak. Yang sebiji lagi kulit dah kecut, isi berair, tawar hambar tak rasa durian pun. Pada toksu mustahil penjual durian tak kenal yang mana mentah dan yang mana buruk. “Tapi tak apa, hari ini kau kenakan aku!!!!” ~~ pinjam kat-kata AR Tompel dari filem Ahmad Albab.

Pesan toksu kepada sahabat yang nak beli durian Sipitang, berhati-hatilah terutama di zaman kulit durian menjadi berharga dan ditimbang kilo!!!. Tatkala di Sipitang tiada durian, tapi di Segama KK, di Beaufort, di Papar ada durian dari Sipitang.

Comments (0) | 30-Jan-09 9:42:49 PM

Sebelum membuat keputusan membeli rumah, toksu telah meninjau ke beberapa rumah contoh projek perumahan di sekitar KK. Mula-mula ke Bandar Seirra, kemudian ke Taman Kemayan dan beberapa projek lagi tapi dah lupa. Last sekali ke Center Point melihat rumah contoh Palm Beach Villas (Pemaju Herowang sdn bhd ahli Wong Kwok Group). Terletak di lokasi yang menarik, frasarana seperti ‘boardwalk’ di sepanjang pantai, ‘clock tower’, pantai yang bersih, ‘resort living’,'quality housing’,  ‘Your Signature Home’ dan macam-macam lagi yang cantik dan sedap didengar. Akhirnya semua ahli keluarga toksu sebulat suara bersetuju membeli Lot SD136 Palm Beach Villas dengan Pinjaman Kerajaan RM300K++. Setelah terima kunci toksu pun segera pindah ke rumah baru.

img_19921

Sebaik sahaja berpindah, ada saja masalah berkaitan rumah muncul. Pertama sekali paip pvc yang ditanam dalam tanah dari meter ke tangki bocor di sana sini. Kemudian dapat kesan saluran tandas bocor, dinding retak di luar dan dalam, kaki lima keliling rumah mendap, lokang pecah dan 1001 macam kerosakan kecil. Bila dibuat aduan dibaikilah lebih kurang saja. Habis tempoh waranti 6 bulan Wong Kwok Group tidak peduli lagi. Di luar pagar pula banyak alatan permainan kanak-kanak rosah, taman bunga dah jadi rimba. Pantai dah lama dibiarkan kotor dan semakin terhakis, boardwalk dah runtuh. Masa ini dah mula terasa macam tetipu! Bukan macam lagi, kini sahlah Wong Kwok Group ……..(sensored). Pada 1 Januari 2009 lari meninggalkan pondok sekuriti tanpa notis. sebelum itu CCTV ditiadakan, lampu jalan ditutup, pam tangki septik ditutup, dan macam-macam lagi perkara yang menyusahkan pembeli. Kepada sahabat yang nak beli rumah, berhati-hatilah bila ia dibina oleh WK Group atau apa saja nama yang ada kaitan dengan Wong Kwok!!! Lihatlah apa dah jadi dengan Palm Beach Villas yang antara pembelinya bukan sahaja rakyat malaysia, bahkan dari England, Jepun, Korea, Taiwan dll di bawah Program Malaysia My Second Home. Memalukan. Nasib kami agak baik sedikit kerana ada seorang warganegara British yang berusaha gigih membawa rintihan kami ke mahkamah setelah aduan ke Peguam Negara, PM, KM,Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, SUHAKAM dan lain-lain individu dan agensi gagalmendapat perhatian. Terima kasih Mr Roger Crowhurst!

img_2006 img_2026

img_0135

img_2042

Comments (0) | 24-Jan-09 7:33:22 AM
Sambil berehat di petang minggu, terpandang album gambar-gambar lama. Kali ini toksu ingin kongsikan gambar-gambar kereta yang pernah toksu miliki.

img_1215

Inilah rupa  kereta pertama toksu ST382. Dibeli pada tahun 1978  RM3500.00 semasa bertugas di SMK Tawau

img_1219

Masih kereta yang sama cuma nombor saja ditukar ke ST6291 kerana nombor lama diambil kembali oleh pemilik asal. Pada tahun 1981 kereta ini dihantar ke Dungun, Terengganu kerana toksu bertukar mengajar di SM Sultan Omar. Sebelum kereta ini sampai toksu berbasikal ke sekolah. Masa tu ramai guru SMSO berbasikal ke sekolah. Bila kereta ini sampai nombor  pendaftarannya di tukar ke TE7900 kerana masa tu JPJ tidak benarkan guna nombor Sabah. Oleh kerana kereta ini selalu meragam, toksu jual saja murah-murah. Beli pula kapcai untuk ke sekolah hinggalah beli kereta baru.

img_1220Kereta kedua, kereta baru CS 8289 Toyota Corolla GL dibeli RM 17000.00 di Kuantan pada bulan Ogos 1982. Kereta ini pernah dibawa ke Sabah dengan Feri Malaysia pada tahun 1986 masa cuti sekolah akhir tahun. Tahun 1989 dijual  (trade-in)

img_12551img_1239

Mungkin terpengaruh dengan iklan juga toksu jual toyota dan beli Proton Iswara Aeroback. Masa tu dikenali sebagai Proton Knight. Proton upah mat saleh buat roadshow ke seluruh negara mempamerkan aksi lasak dan kehebatan Proton Knight. Kalau tak silap 2 hari mat saleh ni buat show di pantai Batu Burok. Toksu tak pergi tapi dengan cerita dari kawan-kawan saja. Tahun 1993 toksu memohon bertukar ke Sabah dan diluluskan. Pada 1 Disember 1993 toksu melapordiri di Maktab Sabah. Cadangan untuk bawa kereta ini ke Sabah dibatalkan kerana seorang saudara toksu minta beli kerana katanya nak buat kenangan. Motosikal Honda EX5 juga dijual.

img_1237

img_1227

Episod di Sabah. Tiba saja di KK terus ke kedai motor depan pasar Filipin beli Yamaha SS110 SA3414 N dan masih diguna hingga kini. Toksu mengajar di Maktab Sabah sesi petang, isteri mengajar di SRK St.Agnes sesi pagi, anak Tadika Ria Yayasan Sabah. Masalah kalau tak ada kereta. Beli Honda Accord second hand SA6792H dari Cikgu Ag.Arshad dari Papar. Masalah tidak selesai juga bila hari hujan. Beli pula Subaru J10 4WD second hand SA8453 F

img_1250

Kereta ini pernah digunakan semasa perletakan batu asas di tapak UMS(diwajibkan hadir) . Pertama kali juga guna 4WD semasa terbenam dalam lumpur di tempat parking di majlis tersebut.

Tahun 1997 ditukarkan ke SK Kg.Silam Lahad Datu dan isteri di SK Lahad Datu 2.  Beli sebuah Iswara Aeroback ST8419E nak buat kenangan  konon. Tahun 1999 bertukar balik ke KK.  Tahun ini juga kereta iswara ini kena langgar dari tepi ketika dipandu oleh isteri toksu. Siap repair terus jual. Tak sempat ambil gambar. Sementara menunggu kereta di bengkel booking kereta Kancil. Tempoh menunggu agak lama. Pada tahun ini juga Honda Accord SA6792H dijual kerana tak cukup duit nak bayar harga kebun  getah.

img_1271

Oleh kerana Kancil lambat lagi sampai, Pengurus Kedai buku Lumen En.William offer Honda Accord SA7883M. Agak murah RM 25000.00 saja.

img_0696

Mula-mula jual Honda Accord SA7883M setelah tempahan Kancil SA9479Y diterima. Jual Kancil beli pula Kelisa WLT 7883 dari Siddqi Auto.Kerana nak nombor 7883 terpaksa daftar di Kl, tu yang no platnye WLT.

img_1313

Tahun 2001 buat pinjaman kerajaan untuk beli Iswara Aeroback Auto SAA7883B dan masih setia bersamanya.

img_1346

kcc78831Tahun 2007, anak sulung toksu bekerja di Kl, memerlukan sebuah kereta. Cadangan awal nak hantar WLT ke KL, tapi setelah berfikir dan berbincang. Keputusannya belilah kereta baru. Kenapa KCC7883? Masa tu Viva baru keluar dan Kelisa ada offer potongan RM4000 promosi penghabisan stok. Di KK habis stok, cuma di Kedah saja yang masih ada stok. Siddqi Auto juga yang uruskan.

Perkhidmatan masih berbaki 3 tahun lagi…..    kereta apakah seterusnya?

Comments (0) | 18-Jan-09 7:14:46 PM