Tiba di persimpangan lampu isyarat UMS kereta telah bergerak sangat
perlahan. Di kiri dan kanan jalan depan 1_Borneo penuh dengan kereta
dan bas pelancung. Tiada peluang nak parking di situ. Terpaksa
U-turn
dan dapat parking di tepi jalan utama ke KK lebih kurang 200 meter dari
1_Borneo. Nak lepas U-turn mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Masuk ke dalam 1-Borneo , masyaallah, jumlah manusia sungguh menakjubkan.Rasa-rasa macam berada di luar Malaysiapada musim salji. Dari depan pintu masuk dan di mana saja ada patung santa claus, di situlah ramai orang Islam ( berdasarkan cara berapakaian (bertudung) dan berbahasa melayu, termasuklah pelancung-pelancung dari negara Brunei). Mereka semua tanpa segan silu malah begitu bangga dapat bergambar dengan santa claus , rusa terbang dan pokok krismas yang penuh dengan salji! Anak-anak muda pula begitu gah dengan bertopi merah seperti yang dipakai oleh santa claus sambil bersama-sama menyanyikan: jingle-bell, jingle bell, jingle all the way! Adakah mereka semua jahil atau inikah yang dikatakan toleransi dalam beragama Islam Hadari……….
Sebelum balik masuk ke dalam Giant sekejap mencari kerepok lekor keluaran Majuikan yang dikilangkan di Cendering, Terengganu. Tapi sayang dah habis. Pada hari Sabtu lepas silap beli satu peket saja…….
Ada bawa kamera tapi tak dapat ambil gambar kerana kad SD tertinggal dalam card reader selepas eksport gambar ke komputer. Anak toksu marah juga tapi kata toksu mungkin ada hikmahnya……
