www.toksu.net

kekharijadi Kek harijadi dari anak-anak toksu. Kini toksu dah 55 tahun. Cucu pun ramai tapi semuanya cucu saudara. Antara wajah cucu saudara yang sempat digambar......  cucu-saudara7cucu-saudara81

cucu-saudara cucu-saudara4cucu-saudara5cucu-saudara6cucu-saudara2 cucu-saudara3

Comments (0) | 25-Feb-09 10:24:00 PM
Minggu lepas toksu berurusan dengan dengan sebuah jabatan kerajaan. Di antara dokumen yang perlu disertakan ialah Fotostat Kad Pengenalan. Apabila disemak oleh pegawai /kerani berkenaan didapati salinan fotostat tersebut tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan tidak mahu menerimanya walaupun disertakan bersama Kad Pengenalan Asal. Pada borang yang dihantar itu tidak pula dinyatakan yang salinan fotostat yang mesti disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, cuma di catatkan  ‘Salinan Fotostat KP ’sahaja.

Mau tak mau terpaksalah bawa salinan fotostat tersebut ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk mendapatkan pengesahan. Di Pejabat Pendaftaran Negara pula kebetulan tidak ramai orang jadi cepatlah urusan. Pegawai / kerani di kaunter terus cop “DISAHKAN SALINAN ADALAH SEPERTI YANG ASAL” dan tandatangan setelah melihat Kad Pengenalan Asal.  p2210060-copy

p2210064 p2210063 Persoalannya : 1. Adakah ini Dasar Kerajaan Barisan Nasional atau Dasar Jabatan Pendaftaran Negara atau Dasar Siapa……….?????? 2. Pejabat Pendaftaran Negara hanya mengesahkan “SALINAN ADALAH SEPERTI YANG ASAL” bukannya mengesahkan KETULINAN KPT. Jadi apa rasionalnya pegawai/kerani ( pasti bukan Ketua atau Pegawai Gred 41 ke atas) mengesahkan salinan! Apakah Ketua Jabatan /pegawai Gred 54, 52, 48 atau 44 di Jabatan lain lebih rendah tarafnya sehingga tidak layak mengesahkan “SALINAN ADALAH SEPERTI YANG ASAL”? Yang peliknya dokumen lain boleh disahkan oleh mana-mana pegawai kumpulan A.

Lebih menyusahkan lagi Pejabat Pendaftaran Negara di sekitar KK hanya terdapat di Penampang, Inanam (Terminal bas) dan Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan dekat UMS. Sekali-sekali fikir kita ni lebih teruk dari PTI dibuatnya……… Fikirlah sendiri!


Comments (0) | 23-Feb-09 12:15:36 AM

Pada hari Sabtu lepas 7 Februari 2009 toksu mengikuti bengkel Fotografi anjuran www.jebat.net di OUM jalan Lintas KK dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel tersebut dibimbing oleh saudara Rabani . Memang berbaloi.Saudara Rabani tak jemu-jemu memberi komen setiap objek yang disnap oleh peserta.Tujuan kami semua berbengkel adalah sekadar menambah pengetahuan tentang teknik asas fotografi. Bukan nak jadi Photo Journalist macam saudara Rabani

bp_assign1 bp_assign2  bp_assign41  bp_assign5  bp_assign3 Gambar kumbang mati ni pun entah yang ke berapa kali snap. Belum lulus lagi. Kalau boleh yang blur sebelah kiri tu gelap lagi atau hitam terus.

Comments (0) | 15-Feb-09 8:08:42 PM
Hari ini terpaksa ambil cuti rehat satu hari kerana ada urusan penting di Sipitang. Lebih kurang jam 7.15 pagi toksu 3 beranak bertolak dari Palm Beach Villas menuju ke Sipitang. Perjalanan agak membosankan kerana semua kereta bergerak perlahan - sekitar 40 - 50 km/jam kerana hujan belum berhenti sejak dari semalam. Tiba di Nyaris-nyaris isteri telefon beritahu jalanraya antara Beaufort Sipitang ada dua tempat banjir. Tiba di Beaufort terus cari makan supaya tidak kelaparan dalam kereta semasa tunggu air surut sedikit. Lepas makan perjalanan diteruskan. Limpas saja Lumadan iaitu sebelum Bukau kereta sudah berbaris panjang. Banyak kereta sudah parking di kiri kanan jalan. Toksu berhenti sekejap di tepi jalan sambil memerhati keadaan. Toksu tengok kancil dan viva boleh lepas mengharungi air sejauh lebih kurang 200 meter.Toksu pun mencuba nasib dan lepas juga. Tiba di hadapan SK Bukau ada air lagi di tengah jalan. Polis nasihatkan berhenti di sini sahaja kerana  depan sikit air agak dalam. Dimaklumkan juga di Ulu Lingkungan hanya kenderan berat sahaja boleh lalu.  Toksu parking betul-betul depan Kelinik Desa Kg.Bukau dan tunggu hampir 2 jam sebelum buat keputusan patah balik ke KK. Objektif tidak tercapai, rugi cuti satu hari.

banjir1 banjir banjir2 banjir4 banjir3

Comments (0) | 06-Feb-09 11:41:17 PM