Majlis
tersebut diadakan di Dewan Rakan Muda Kompleks Belia dan Sukan
Persekutuan Negeri Sabah bertemakan “Kecemerlangan Pendidikan
Berteraskan Modal Insan Gemilang” dan dirasmikan oleh YB Datuk
Dr.Marcus Mojigoh Ahli Parlimen P173 Putatan pada hari Rabu 8 April
2009 bersamaan 12 Rabi ul-Akhir 1420 H. Pada majlis ini anak bongsu
toksu ada terima 2 hadiah. Disebabkan sibuk dengan tugas-tugas di
pejabat, toksu hanya sempat hadir di penghujung majlis iaitu acara
penutup dengan persembahan tarian. Nampaknya tarian dan majlis-majlis
rasmi sudah sebati bak kata P.Ramlee, lagu dan irama tak boleh
dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah ia…….. .Kementerian Pelajaran
sudah dapat menteri baru, adalah diharapkan ada transformasi pada
sistem pendidikan negara . Sungguh malang kalau masih lagi dengan dulu, kini dan selamanya.






Comments (0)
|
10-Apr-09 7:42:55 AM
Comments (0)
|
06-Apr-09 9:28:46 PM





