Dari
Melaka ke negeri Sabah, singgah sebentar di LCCT. Sebelum itu, selama 3
hari 2 malam di Puteri Resort Ayer Keroh sebilik dengan En.Jubrine
Penyelia Kanan Unit Disiplin JPN, banyak pengalaman baru diperolehi.
Seawal jam 8.30 pagi sebaik saja bermula mesyuarat, kami dikejutkan
dengan keputusan kutipan data oleh BTMK KPM. Apa tidaknya, mengikut
analisis kami 95.6% sekolah Sabah menghantar data ( 1230 sekolah dari
1260++). Kami tidak pasti apa formula BTMK gunakan sehingga Sabah dapat
16% sahaja. Suasana agak hangat juga bila Unit Disiplin Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian tidak dapat menjelaskan apakah kriteria
rumusan itu dan di manakah silapnya data Sabah. Hampir kami keluar dari
mesyuarat itu untuk pulang saja ke Sabah. Berkat kerjasama dan sokongan
sahabat-sahabat dari Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan lain-lain kami
batalkan saja hasrat itu. Akhirnya setelah disemak kembali keputusan
sebenarnya 59% dan kami tahu di mana sebenarnya kesilapan berlaku.
Sebelah malam adalah aktiviti bebas. Kesempatan itu saya ambil untuk
menziarah keluarga di sekitar Kg. Duyung.Sebenarnya bapa saya berasal
dari Melaka dan ibu dari Terengganu. Syukur 3 orang adik bapa saya ( 1
lelaki dan 2 perempuan) masih ada. Sempatlah perkenalkan anak saya
kepada sepupu-sepupunya di Melaka (Kebetulan anak saya juga
bermesyuarat di Melaka).
Hari Rabu 17 Jun 2009 jam 2.00 petang bertolak dari Puteri Resort Ayer
Keroh ke airport. OTW singgah sekejap di gerai R&R beli
rinang-rinang, biskut kelapa, sagon, bepang kacang dll. Tiba di LCCT
agak awal dan kaunter check-in belum buka. Nak minum, masih kenyang
lagi. Duduk-duduk dulu di kerusi sebelah ruangan ketibaan. Lebih kurang
4.00 petang kami berjalan menuju ke kaunter check-in, tapi belum juga
buka. Encik Jubrine teringat yang ole-ole yang dibeli di gerai tadi
tertinggal di kerusi tidak jauh dari situ. Bergegas ke sana dan hampa
saja kerana satu beg plastik sudah dikebas orang! Untuk hilangkan rasa
kecewa, kami minum di Taste of Asia.
Lagi parah bila order 1 botol mineral water 500ml dan 1 cawan kertas
iced lemon tea berjumlah RM 7.40. Silap kami tidak tanya dulu harga!(
Senarai harga tidak dipamerkan). Malas nak makan di McD. Terminal
Tambang Murah, kedai makan cekik darah!Rupa-rupa nya orang tempatan
lebih teruk dari yahudi. Gagasan Malaysia, Rakyat didahulukan…………



Singgah sebentar di LCCT Sepang
Oh Melaka, Ayer Keroh
Penerbangan AK5101 Kuala Lumpur
Berlepas dari Terminal 2 LTAB Kota kinabalu tepat jam10.00 pagi dan
mendarat di LCCT Sepang tepat jam 12.oo tengahari. Menurut pengumuman
juruterbang pendaratan tersebut adalah 15 minit lebih awal dari yang
dijadualkan. Inilah pengalaman pertama menaiki pesawat Airasia dengan
tikit yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Bezanya cuma ada
tempahan nasi minyak.
Kali ini mewakili Jabatan Pelajaran Sabah bersama Penyelia Kanan
Disiplin ke Mesyuarat Pengumpulan dan Penganalisaan Data Sistem
Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia dari 15
hingga 17 Jun 2009 di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Dari Tingkat 2 Puteri Resort Ayer Keroh


Cuti
Tadau Kaamatan, Cuti Hari Gawai dan cuti sekolah dan ditambah 2 hari. 4
hari 3 malam bersama keluarga bercuti di Kuching. Walaupun masa singkat
tapi dapat banyak pengalaman yang menarik. Semasa berjalan-jalan di
Wisma Satok ternampak beberapa keping Kad Pengenalan dan Surat Beranak
yang dijumpai dipamer saja di Papan Kenyataan.

Harga Utusan Borneo hanya RM1 sahaja, di KK RM1.20, di Sipitang?, di
Kinabatangan? Bila lagi nak laksanakan “Satu Sabah Satu Harga”? PR13?
..14?…15?…..

Akhbar Harakah boleh dibeli di mana-mana dan dijual tanpa rasa takut kena rampas macam di Sabah.

Kalau ke Kuching tak singgah di Kedai Kek Dayang Salhah macam tidak lengkap.

Kecekapan pengendali mee kolok melambung mee setelah dicelup dalam air mendidih.

Duit siling yang dibayar oleh penumpang bot penambang diletak saja di
tepi bot tanpa rasa takut dicuri walaupun bot ditinggal di tebingan.
Duit kertas disimpan kerana takut diterbangkan angin ke dalam air.

Mesra pelancung… Sempat lagi bergurau ” Kalau siar di Harakah OK, kalau Berita Harian saya tidak izin”

Ikan terubuk masin. Kalau dilihat pada pembungkus, ikan yang dijual di
Pasar Satok adalah ikan import – bukan ikan tempatan. Tapi awas kalau
ada darah tinggi.

Pemandu Bertuah

Dah lebih sebulan saya sering berselisih di jalanraya dengan sebuah
kereta yang bentuknya seperti kereta di atas. Sekali pandang macam
kereta kebal yang baru kembali dari medan perang. Berwarna hitam,
bercermin bukan lagi gelap tapi nampak hitam terus, meluncur dengan
gahnya di jalanraya di sekitar Kota Kinabalu. Yang agak peliknya tiada
nombor pendaftaran langsung dipamerkan. Kalau kereta tentera ada juga
nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf Z……….Kalau kereta Agung
atau TYT atau PM atau… tentu ada terpampang YANG DI PERTUAN AGONG atau
YANG DI PERTUA NEGERI SABAH atau PERDANA MENTERI dsbgnya. Kalaulah
kereta Kancil atau Iswara entah dah berapa banyak samannya. Atau polis
trafik atau JPJ tak pernah jumpa di jalanraya KK. Sebab itulah saya
katakan pemandu atau pemilik kereta ini sangat bertuah dan istimewa
kerana dikebalkan dari sebarang akta atau undang-undang. Hidup “satu
malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”.
Taklimat SisMAKAN dan SMM Ver.4.0
Taklimat
telah diadakan di Hotel Imperial International, Kota Kinabalu pada 20,
21 dan 22 Mei 2009 dan disampaikan sendiri oleh programmer kedua-dua
aplikasi tersebut. Sepatutnya 24 penyelia dari semua PPD hadir tapi ada
dua yang tidak hadir. Masa taklimat berjalan OK saja tapi lepas itu BP
naik sikit sebab memikirkan tindakan susulan yang perlu disegerakan.
SisMAKAN ialah aplikasi Sistem Maklumat Kantin Sekolah dan SMMVer 4.0,
Sistem Maklumat Murid yang diubahsuai berdasarkan DDSA (Data Dictionary
Sektor Awam)

Dalam masa yang sama data SSDM (Sistem Salahlaku Disiplin Murid) perlu
dikutip, disemak dan digabungkan diperingkat negeri. Masalah kami
selaku pemungut data ialah bila ada sekolah yang tidak hantar data,
peratus penghantaran di daerah atau negeri tidak lagi 100%. Kalau
setakat PENYELIA cabok telefon ke sekolah tak dilayannya.Kalau Penyelia
pergi sendiri ke sekolah pun tak bermakna juga kalau guru data tak buat
kerja! Tapi kalau dah terima surat peringatan atau tunjuksebab yang
ditandatangani Ketua Sektor atau Pengarah barulah kelamkabut. Yang
melucukan lagi mau juga turun ke KK dari Ranau, Beluran, Tambunan dll
semata-mata nak hantar data. Kemudahan internet/email kan ada, mengapa
tak mahu gunakan. Kalau tak ada internet di rumah, pergilah ke
cybercafe, tak habis pun 3 ringgit!. Saya sendiri pun di pejabat tak
ada line internet, terpaksa beli Celcom Broadband yang RM98 sebulan (
yang RM68 sebulan tu hancus, lambat giler) , barulah boleh buat kerja.
Laptop? Beli sendiri!!!! Pakai kad kredit 0 interest. Nak tunggu laptop
kerajaan punya, entah bila tak taulah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Satu
Malaysia Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan…….